Unit Amanah..secara amnya.
Unit amanah merupakan salah satu instrumen pelaburan yang terdapat di pasaran dan tidak boleh disamakan dengan akaun simpanan di bank-bank. Unit amanah turut terdedah kepada risiko turun naik pasaran sebagaimana pelaburan secara langsung dalam pasaran saham, bon, sekuriti dan sebagainya.
Perbezaannya hanyalah bahawa tahap risiko unit amanah lebih rendah berbanding pelaburan secara langsung dalam pasaran.
Dengan itu, prestasi unit amanah berkait rapat dengan prestasi pasaran saham yang kadang-kadang dipengaruhi oleh sentimen pasaran dan senario ekonomi semasa. Oleh yang demikian, pelabur unit amanah harus peka terhadap hubungkait antara risiko-pulangan pasaran yang mempengaruhi prestasi pelaburan yang dibuat, dan tidak bertanggapan bahawa unit amanah membawa kadar pulangan yang tetap.
Pemahaman tentang perkara ini, walaupun dilihat sebagai agak rumit, amat penting dalam membuat pelaburan unit amanah yang bijak dan bertepatan.
26 July 2008, 12:30 am
Camne sebenarnya unit amanah ni berperasi?
21 August 2008, 11:23 am
Pn Nazra,
Unit Amanah adalah tempat di mana kita membiarkan wang kita bekerja utk kita..bermaksud duit yg kita simpan/laburkan dlm nya akan bertambah/ berkembang dlm tempoh sederhana (medium term) iaitu 3-5 tahun.
Daripada kita simpan duit itu dlam acc bank biasa, lebih baik dilaburkan ke dlm unit amanah. Prestasi keuntungan dpd Unit Amanah ini sgt tinggi sehingga mencapai 20% keuntungan setahun.
Bayangkan jika anda melabur RM 100,000…dibiarkan sahaja wang tersebut akan memberikan pulangan extra RM 20,000 setahun kpd anda.
Min investment ialah RM 1000 shj…tambahan pelaburan min ialah RM 100. Tiada had maksimum pelaburan.
TQ
29 June 2009, 10:51 pm
saudara,
bagaimana jkalau duit yg kita labur dlm unit amanh ini dibiarkan statik selama 1tahun.2tahun ataupun 3tahun..
Adakah kita masih memprolehi keuntungan dripda simpanan tsbut? sperti deviden smpnan dlm ASB?
contoh pelaburan 5k permulaan angaran keuntungan setahun? sekian, terima kasih
30 June 2009, 2:36 am
Saudara muhammad,
Unit amanah adalah pelaburan jangkamasa sederhana sehingga jangka panjang (sekurang2nya 3 thn atau lebih). Pendek kata pelaburan yg dibuat akan menghasilkn keuntungan bergantung kpd jangkamasa yg dipilih oleh pelabur sendiri.
Oleh sbb itu, setiap pelabur harus mempunyai objektif pelaburan; dan objektif pelaburan ini akan menentukan jangkamasa pelaburan yg harus dilakukan. Sbg contoh, jika saudara melabur adalah utk menampung persaraan kelak, seharusnya jangkamasa pelaburan dilakukan sehingga saudara berumur 55 thn. Dgn unit amanah ini, lebih lama anda melabur lebih besar keuntungan yg akan diperolehi.
Secara analoginya jika diibaratkan A## (yg anda sebutkan di atas) sbg pelari pecut; ia kan memberi pulangan jangkamasa pendek tetapi unit amanah pula diibaratkan spt pelari marathon…andaikata kedua2 pelari ini berlari utk trek 100m, siapakah yg akan menang? Tetapi jika kedua2nya berlari utk trek 5km, siapakah yg akan menang?
Kesimpulannya, kedua2 produk pelaburan ini tidak boleh dibandingkan dari pulangan sebaliknya ia bergantung kpd ‘time horizon’ pelaburan dibuat.
Harap penerangan begini lebih membantu pertimbangan anda dlm membuat pelaburan yg bijak.