Brand atau jenama adalah kriteria/ matlamat utama bagi setiap orang yang melakukan bisnes dari sekecil-kecil bisnes hinggalah kepada mega bisnes; semuanya bertungkus-lumus untuk menaikkan “branding” masing-masing. Pokoknya adalah supaya produk yang dijual/dipasarkan akan menjadi buah mulut atau sebutan pelanggan.
Jika anda baru memulakan perniagaan konvensional, promosi harus dilakukan sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Semuanya melibatkan kos yang sangat besar. Jika tanpa promosi, seharusnya ia mengambil masa yang agak lama untuk produk yang anda pasarkan itu menjadi popular dan hangat.
Sistem Agensi dalam perniagaan Unit Amanah telah disusun rapi. Melalui sistem ini anda akan bertindak sebagai seorang agen yang akan memasarkan produk yang dikeluarkan oleh syarikat Unit Amanah mengikut syarat-syarat perjanjian kontrak. Sistem ini disamakan seperti “sistem francais” di mana anda boleh menjual produk mereka mengikut cara anda sendiri. Dengan kata lainnya “company memberi anda bisnes, anda ‘run’ bisnes tersebut mengikut cara sendiri selagi tidak melanggar syarat-syarat perjanjian kontrak.”
Oleh itu, bila anda mahu memulakan bisnes Unit Amanah ini, pilihlah syarikat yg mempunyai jenama/brand yang terbaik, popular dan panas. Ini kerana anda sebenarnya telah ‘menyerahkan’ kos promosi produk tersebut kepada syarikat berkenaan.
Kelebihannya ialah anda tidak sukar untuk menarik minat pelanggan memandangkan anda telah membawa produk yang telah pun dikenali ramai. Keyakinan pelanggan terhadap jenama yang anda bawa adalah sangat tinggi.
Untuk anda pula, ia akan menjadikan anda lebih berkeyakinan (confidence) utk memasarkan produk tersebut dengan professional, tanpa ragu-ragu kerana hanya perlu menceritakan kebaikan dan kelebihan brand itu sahaja.
Prinsip “Do It Right At The First Time” hanya boleh dilakukan jika kita memilih brand yang betul, masa yang betul dan syarikat yang betul (“Choose the right Product, the right Time and the right Company”).
Kenapa harus memilih jalan yang sukar sedangkan jalan yang mudah telah pun berada di depan mata?
07 January 2009, 9:39 am
1. Public Mutual Bhd adalah syarikat unit amanah No.1 di Malaysia dr segi saiz dana yang diuruskan di antara syarikat2 unit amanah swasta.
2. Syarikat unit amanah yg paling banyak menerima anugerah di Malaysia, dgn memenangi sebanyak 101 anugerah sejak tahun 1999, termasuk Pengurus Dana Terbaik di Asia 2006 & 2007 dpd Failaka Advisors, Dubai.
3. Penerima anugerah Pengurus Dana Islam Yang Terkemuka di majlis Anugerah Kewangan Islam KLIFF 2007 & 2008.
4. Lain2 anugerah sila lawati web: http://www.publicmutual.com.my/
*Pengunjung blog adalah disarankan supaya menilai sendiri potensi syarikat2 Unit Amanah di Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan.
**Weblog ini adalah bertujuan utk mempromosikan kerjaya sbg perunding unit amanah shj. Sebarang pertanyaan mengenai performance, sila rujuk alamat web yg diberikan di atas.
25 January 2009, 3:27 pm
Salam
Saye byk nmpak billboard Public Mutual yg mengatakan ia adalah sykt unit amanah no 1 di Malaysia.
Apakah benar kenyataan ini dan bagaimana klu saye nk memasarkan unit trust Public Mutual dgn lebih berkesan?
29 January 2009, 5:18 pm
Wsalam Shahir,
Public Mutual Bhd mmg syarikat unit amanah no. 1 di Malaysia dr segi saiz dana-dana pelaburan yang diuruskan di antara syarikat-syarikat unit amanah swasta. Ini bermaksud ramai pelabur2 telah memilih Public Mutual sbg brand utk menguruskan pelaburan unit amanah mereka.
Tiada masalah untuk anda memasarkan produk unit trust Public Mutual kerana kekuatan jenamanya akan mengikat para pelabur; sekaligus memudahkan anda utk memasarkan unit trust di bawah jenama ini.
Dgn membawa produk dr jenama yg terkenal, confidence level anda akan meningkat dan ini juga berlaku pd para bakal pelabur yg anda cari.
Utk keterangan lebih lanjut sila baca tulisan sy yg lepas bertajuk “BRAND”.
09 October 2009, 8:21 am
apa pula perbezaan dengan AmBank,..saya dengar ia juga salah satu institusi terbaik untuk melabur dalam unit amanah ini?
14 October 2009, 1:17 am
Setiap syarikat unit amanah swasta mempunyai dana2 yg dikategorikan “Hot” berdasarkan kpd performance dan juga return yg diberikan dlm jangkamasa tertentu.
Namun begitu, pelabur haruslah perihatin dan mestilah memilih pelaburan berdasarkan kpd maklumat berikut:
1. Saiz dana yg telah dilanggan. Jika besar saiz yg dilanggan, lebih byk kaunter yg boleh dipilih oleh pengurus dana utk melaburkan wang para pelabur.
2. Lipper Fund Ranking (http://www.lipperweb.com/)..bandingkan skor bg Consistent Return & juga skor bg Preservation.
3. Award yg diperolehi oleh syarikat unit amanah terbabit atau dana tertentu mengikut kategori masing2. Cth: The Edge-Lipper Awards.
Berikut adalah maklumat Market Share setakat 31 July,2009:
1. Public Mutual — 43.8%
2. AmInvestment Services — 11.8%
3. CIMB Group — 11.5%
4. OSK-UOB Unit Trust — 5.2%
5. Hwang-DBS Investment Management — 5.2%
6. HLG Unit Trust — 4.3%
7. Prudential Fund Management — 4.2%
8. ING Funds —- 2.6%
9. Pacific Mutual — 2.2%
10. MAAKL Mutual — 1.9%
Source: Lipper Fund Table, TheEdge, 17 August, 2009.
Tepuk dada, tanyalah selera. Selamat Melabur!