Seringkali saya menerima feedback dpd pembaca dan peminat blog ini tentang tugas sebenar seorang Perunding Unit Amanah (PUA) atau Unit Trust Consultant (UTC).Kali ini sy akan menerangkan objektif, tanggungjawab atau tugas seorang UTC dan bagaimana caranya utk menjadi seorang UTC.
Objektif yg harus ada pd seseorang UTC adalah utk membina empayar perniagaan Unit Amanah sendiri(menjadi usahawan) dalam tempoh tertentu; selalunya bergantung kepada komitmen yg diberikan…secara puratanya adalah 5 thn ke atas.Ini bermaksud anda akan memajukan sebuah Group Agency yg dipimpin oleh anda sendiri dan berusaha menolong agen-agen anda utk berjaya seperti anda juga.
1. Mempromosi serta menjual Unit Amanah kpd masyarakat. Pelaburan Unit Amanah adalah pelaburan jangka panjang yg memberikan pulangan yg memberansangkan dlm tempoh sekurang2nya 5 thn ke atas. Pelaburan boleh dilakukan melalui Wang Tunai dan juga Wang Simpanan EPF individu tersebut.
2. Memantau dan bertindak sbg Perunding kewangan kpd pelabur2 di bwh jagaan anda. Latihan akan disediakan oleh syarikat Unit Amanah dan juga dpd Group Agency supaya anda mahir menguruskan pelaburan serta memberikan maklumat yg tepat kpd pelabur tersebut. Oleh itu seorang UTC haruslah bertanggungjawab utk menghadiri latihan dan kursus yg sediakan demi utk memajukan diri sendiri.
3. Membuka peluang kerjaya sbg UTC kpd masyarakat. Peluang haruslah dibuka kpd mereka yg ingin menceburi bidang perniagaan dan juga kpd mereka yg mahu menambahkan pendapatan bulanan. Kerjaya ini boleh dilakukan secara part-time pada permulaannya ataupun full-time. Anda kemudian akan bertanggungjawab utk melatih, mendidik dan membantu mereka sehinggalah mereka berjaya bergerak sendiri tanpa sokongan lagi.
1. Orang yg minat utk melakukan sales dan marketing. Oleh itu, jika anda pernah ada pengalaman dlm Multi-Level Marketing (MLM), agen Insurans, agen Credit Card, agen Kereta, agen hartanah..etc; bidang ini sgt sesuai dgn jiwa anda dan anda boleh menempa kejayaan dlm industri Unit Amanah ini.
2. Usahawan kecil atau sederhana. Mereka yg bercita2 besar utk menjadi usahawan berjaya dgn menggunakan kos yg sgt2 minimum…ini adalah bidang yg menjanjikan kejayaan dan pulangan yg menarik selagi anda serius menjalankannya.
3. Org yg mempunyai impian utk mencapai kebebasan kewangan. Jika anda sanggup mencari masa sehari selama 3 jam shj utk melakukan perniagaan ini sudah memadai utk generate income tambahan. Masa kosong anda tidak harus dipenuhi dgn perkara2 yg tidak menguntungkan…lebih baik cari duit!
4. Mempunyai bebanan hutang…loan atau credit card.
5. Fresh graduates. Jgn memilih kerja. Yg penting adalah kemahuan..org2 berjaya dan berkehidupan mewah bukannya berpendidikan tinggi pun. Jika anda fokus dlm bidang ini, anda juga pasti akan menjadi seperti mereka.
1. Memenuhi syarat2 berikut:
a. Warganegara Malaysia
b. 21 thn ke atas
c. Min SPM gred 3
2. Lulus exam dr FMUTM (Federation of Msia Unit Trust Managers) - akan diuruskan oleh Syarikat Unit Amanah. Jika pass anda akan dapat agent code dan terus boleh menjual produk unit amanah. Dokumen yg diperlukan:
a. 2 salinan ic
b. 1 salinan spm
c. 6 pic passport
d. 1 salinan buku Pub Bank
e. RM250 utk yuran exam.
Jika anda mempunyai karektor dan personaliti seperti yg disebutkan di atas, anda harus menyertai Perniagaan Unit Amanah.Anda juga tidak harus mensia-siakan semangat dan bakat anda dgn memilih bisnes yg salah dan berkos tinggi.
Tanya diri anda sendiri, dalam kategori manakah anda berada dlm mengejar kejayaan?
1. Orang yg tidak tahu apa yg sedang terjadi?
2. Orang yg hanya melihat sesuatu kejayaan terjadi?
3. Orang yg melakukan sesuatu supaya kejayaan terjadi?
02 March 2009, 10:25 pm
Salam
Sy br shj ditawarkan VSS dr co saya. Saya sudh penat bekerja dan majikan tidak kisah untuk membuang saya. Saya mahu buat unit trust secara full time..harap encik dpt bntu saya.
Terima kasih
03 March 2009, 10:24 pm
Asalkan anda mempunyai desire yg sgt tinggi, anda pasti berjaya dlm biz ini.
Desire atau impian anda inilah yg akan drive anda sepanjang waktu…jgn give up selagi hajat anda belum tercapai.
insyaallah, sy akan berusaha sedaya upaya utk membantu dan mendidik anda…dan sy juga mengharapkan anda akan turut melakukan perkara yg serupa kpd agen2 anda nnti.
Selamat Berusaha!
10 March 2009, 1:20 am
profesional job and task…
need to struggle to success…
10 March 2009, 9:10 am
Yup. Professional job and task makes u become a specialist.
Struggle for a few years, gain for the rest of your life.
U can retire early, with plenty of cash and a lot of time to enjoy life.
24 March 2009, 9:53 am
Saya mahu menjadi agen. Bagaimana mahu hubungi anda?
24 March 2009, 2:32 pm
Pn Kina..sy telahpun menghubungi anda melalui email. Sila baca email dan reply.
Terima Kasih.
01 April 2009, 12:07 am
assalamualaikum,bole email kat saya presentation ttg unit trust investment public mutual…saya nak tau apa yg menarik ttg industri ni.
01 April 2009, 10:07 am
waalaikumsalam, sy telah pun email keterangan ttg pelaburan dan kerjaya yg diberikan oleh Public Mutual kpd anda.
Jika masih mempunyai persoalan, sila ajukan kpd sy.
TQ.
05 April 2009, 10:53 am
salam…saya baru jadi agent public mutual…apa perkara petama yang perlu saya lakukan untuk memahami produk2 dalam public mutual
06 April 2009, 12:05 am
wsalam yani..tahniah kerana tela pun memilih satu kerjaya yg akan membantu anda dan clients anda.
Utk memahami produk dr Public Mutual, anda harus menghadiri kursus Quickstart dan juga Success 101. Kursus ini ditawarkan pd setiap bulan di semua branch seluruh Msia.
Di samping itu anda harus meneliti Master Prospektus yg telah diberikan kpd anda ketika mula mendaftar dahulu kerana melaluinya anda akan dapat memahami secara kasar produk dan tanggungjawab UTC dr Public Mutual.
Sila booking kursus ini di branch secepat mungkin kerana kekosongan tempat adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.
09 April 2009, 3:10 am
Tolong email presentation ttg unit trust public mutual. Apa yg menarik ttg nye?
09 April 2009, 8:01 am
Yup Mr Krian. Sy dh pun emailkan maklumat yg anda mahukan itu.
Join kami sebagai Perunding Unit Amanah segera!
TQ
09 April 2009, 10:31 pm
utk menjadi seorang perunding, apa proses2 yg diperlu dilalui?
dari segi komisyen, adakah ia dibayar secara bulanan @ setiap kali wang pelaburan di trading @ camne tuu? saya x paham laa.
16 April 2009, 9:28 am
En Krian.
Berikut secara ringkas bagaimana proses utk menjadi seorang perunding:
1. Anda akan dihubungi oleh sy atau agent sy setelah anda berminat utk menjadi UTC.
2. Anda akan diberi Contract of Agency, isikan dan submit bersama dokumen2 yg diperlukan ke caw Public Mutual berhampiran dgn anda.
3. Booking Tutorial class dan tarikh exam CUTE (buat di Public Mutual).
4. Hadiri CUTE dan jika lulus, anda akan mendapat Agent Code dlm tempoh 1 minggu. Jika gagal, boleh menduduki semula exam dgn bayaran RM150.
5. Anda sudah mempunyai lesen utk memasarkan produk unit amanah dan..selamat berbisnes!
Komisyen:
Terdapat 2 bentuk income.
1 - Direct Komisyen (aktif income)
Aktif income bermaksud jika ada sales/pelaburan didaftar baru ada komisyen.
Setiap kali ada pelaburan yg didaftar di bawah agent code anda, anda akan terus dpt komisyen tsb. Contoh: jika pelaburan cash RM10k anda akan dpt RM275 (sekali shj).
2 - Indirect Komisyen (pasif income)
Pasif income bermaksud income tetap akan jalan walaupun kurang kerja yg dilakukan.
Berupa Bonus dan juga Career Benefit (CB). CB ini akan diberi dlm bentuk bulanan bergantung kpd berapa total pelaburan yg masih berada di bwh agent code anda. Secara puratanya anda akan diberi CB RM2000 setahun utk portfolio bernilai RM1 mil.
Utk mendapatkan maklumat yg lebih detail, hubungi kami melalui email atau sertai kami segera.
TQ.
01 July 2009, 11:39 pm
bleh sy dpt presentation ttg unit trust career.
03 July 2009, 4:18 am
Sudah tentu boleh loin..
Sy sudah emailkan anda ttg career dlm unt trust ini.
11 July 2009, 9:36 pm
saya sedang dan akan menduduki exam CUTE tetapi saya kurang faham bahasa english di buku exam. adakah cara untuk saya lebih faham dalam versi melayu?ada tak buku CUTE yg di terjemahkan dlm BM? TQ Harap tuan dapat reply ke email saya.
12 July 2009, 3:22 am
Saudara Johari,
Sepatutnya anda dr awal2 lagi telah mendaftar dlm bahasa Melayu semasa mendaftar dlm Agent Aplication Form. FYI kita boleh memilih 3 bahasa utk menduduki exam samada BM, English atau mandarin.
Pemilihan bahasa exam juga adalah satu pilihan yg kritikal kerana ada juga kes calon gagal kerana tersilap memilih bahasa exam. Ini kerana penggunaan istilah2 adalah jauh berbeza ndlm setiap bahasa dan tahap pemahaman setiap org juga berdasarkan bahasa yg dipilih.
Jika anda telah memilih English sbg bahasa perantaraan; nota/buku, tutorial dan exam sepatutnya dlm English juga.
Saranan saya, cuba anda hubungi branch office Public Mutual di mana anda mendaftar dan buat rayuan utk menukar bahasa exam.
15 July 2009, 10:00 pm
saya bermiinat lah pelaburan PM nih…bulih send produk presentation dan juga kelebihan jadi agen nih…bulih
tak?
16 July 2009, 2:26 am
Ya..sy akan send pd anda dlm masa terdekat.
22 July 2009, 11:08 pm
boleh tak emailkan sy presentation ttg UTC? tq
03 January 2010, 5:11 am
tlg emelkan detail ttg komisyen direct dan indirect.terima kasih.
05 January 2010, 8:12 pm
En Ahmad Rushdi bin Mustafa, sy akan emailkan maklumat tsb. TQ
07 January 2010, 4:23 pm
Salam en. zul,bleh encik tunjukkan serba sedikit contoh cara buat presentation pd prospek?sy masih baru jd utc,baru dpt agent code.tq..
07 January 2010, 9:34 pm
Wsalam saudari Laila. Tahniah kerana saudari telah menceburi industri yg kian diketahui umum sekarang ini. Perancangan kewangan sgt2 menjadi perbualan umum sekarang sehingga di merata2 tempat, billboard, media massa & media cetak turut mengiklankan kpd umum betapa pentingnya merancang kewangan ketika umur masih muda.
Sebenarnya sy telah sedikit menyentuh bagaimana utk memulakan perniagaan unit amanah ini dahulu. Sila rujuk http://www.kerjayapelaburan.com/2009/04/prospecting/
Namun begitu di sini sy sertakan sedikit tips lagi bagaimana utk anda membuat presentation kpd prospek2 anda mengikut pengalaman sy.
1) Adalah penting utk kita mengetahui latar belakang prospek kita…samada beliau adalah pekerja, biz owner ataupun professional. Setiap jenis org berbeza approach yg akan kita buat.
2) Tentukan Risk Profile bakal pelabur anda. Pelabur Aggressive lebih mudah utk di handle manakala yg Conservative adalah lebih sukar utk di handle.
3) Setiap soalan mestilah dijawab dgn jujur dan jika anda tidak tahu jawapannya, cakap “Anda tidak pasti” ..hubungi upline/partner anda on the spot utk mendapatkan jawapan walaupun berada di hadapan prospek anda. Prospek akan melihat anda sbg seorang yg komited dan boleh dipercayai.
4) Gunakan cara, lenggok bahasa dan tone suara anda sendiri tetapi anda boleh mengunakan idea hasil dr perbincangan atau pembacaan anda. Pendek kata, anda mestilah mempunyai sedikit ilmu samada diperolehi dr Training, discussion atau pembacaan sendiri.
5) Kuncinya ialah semakin byk anda membuat presentation, semakin mahir anda utk closed prospek. Biz adalah Learning Process…setiap kegagalan harus dianalisis dan diperbaiki sehingga anda mahir.
Sy pun masih dan sentiasa belajar drpd org2 yg berjaya sampai sekarang. Cuba saudari baca tulisan dr Brian Tracy, Terry Beck atau sesiapa saja yg boleh memberi tips dan pandangn bernas utk melakukan sales.
SELAMAT BERJAYA!!
21 January 2010, 10:36 am
saya baru menjadi agen PM. saya sudah pun menghadiri kursus succes 101 dan esok quick start. masalahnya saya ni tak tahu mau mula dari mana, kalau jmpa org or kwn2 saya tak tahu mcmana nak promote. Sebenarnya suami yg suru saya join PM sbb dia ckp saya bole dpt income n dlm masa yg sama anak2 tdk terabai. buat masa skarang suami yg ada invest ngan saya. lagi satu, masala saya ialah saya tdk tahu berbahasa inggeris, jd klu dlm kursus tu saya slalu bngang n stress.
21 January 2010, 3:42 pm
Tahniah saudari syarifah krn anda sebenarnya tlh berada pd landasan yg betul utk memulakan biz. Sebenarnya soalan yg spt saudari tny ini adalah soalan favourite setiap agent baru…dan sy ada menulis sedikit info utk anda di sini: http://www.kerjayapelaburan.com/2009/04/prospecting/
Tiada masalah jika anda tidak tahu berbahasa inggeris..selagi fasilitator itu boleh berbahasa melayu (bukan mat saleh) anda tny shj apa yg anda tidak paham dlm bhs melayu. Saudari mesti ingat yg biz ini adalah biz saudari sendiri…pedulikan perasaan malu itu asalkan anda dpt ilmu yg diajarkan.
Lebih baik jika anda belajar dgn upline/ recruiter/ sesiapa shj yg anda pilih utk menjadi mentor dlm melakukan biz ini. Cara ini lebih berkesan krn kursus yg diberi adalah berteraskan teori..praktikalnya anda sendiri harus menguasai skil utk menjual unit amanah ini. InsyaAllah jika saudari minta bantuan dr GAM yg telah berjaya dlm perniagaan ini, mereka pasti akan berbesar hati utk membantu anda.
Sy doakan saudari berjaya dan terus usaha utk memperbaiki diri sendiri…berjuanglah utk biz anda sendiri dan bukan utk org lain.
04 March 2010, 1:09 pm
saya sangat berminat untuk menjadi utc yang berjaya. bolehkah email atau berikan sedikit panduan untuk saya join business ini seperti produk presentation dan juga kelebihan jadi agen.
amat berharap…tq
04 March 2010, 3:52 pm
Zabrina, sy sudahpun emailkan anda info yg dimahukan.
Sertai kami segera dan terokailah lubuk2 emas dlm industri multi-billion ringgit ini.
Jenama Public Mutual akan menjadikan business anda lebih mudah dikenali dan diakui jenama terulung dlm industri unit amanah.
Selamat Berjaya dgn business unit amanah ini!
05 March 2010, 5:51 pm
Zabrina, sila bg email personal anda (yahoo, gmail or hotmail). Sy dh reply email anda tetapi email sy x dapat masuk ke alamat email anda.
TQ.