Peluang Terbaik Bermula Sekarang!

Dalam 2 bulan yg lepas, pasaran telah pun menunjukkan tanda2 positif ke arah yg lebih cerah setelah hampir setahun lebih berada dlm keadaan yg suram. Namun begitu, masih ramai rakyat Mlaysia di luar sana yg masih belum ‘alert’ malah ada yang langsung tidak mengetahui apa2 tentang pasaran ekonomi ketika ini. Masih ramai juga yg tetap berpendapat bahawa ekonomi kita khususnya masih berada di dalam kemelesatan. Apa yang mengecewakan, mereka lebih percaya kpd tafsiran sendiri atau taksub kpd buah mulut rakan2 mereka yg tidak tahu atau mengetahui secara kasar shj menegenai situasi ekonomi ini. Dgn itu mereka sentiasa dibelenggu maklumat negatif yg mana ini akan menutup peluang mereka utk meraih keuntungan.

Petanda Positif Situasi Ekonomi Semasa

Untuk pengetahuan anda di luar sana, market sekarang telah pun berada di landasan yg betul utk meneruskan aliran positif. Ada di antara clients sy yg telah pun meraih keuntungan 2% hingga 10% pd keadaan sekarang. Mereka ini adalah pelabur yg berdisiplin, tetap dgn matlamat pelaburan jangka panjang di mana mereka tetap melabur tidak kira apa pun situasi ekonomi samada naik mahupun turun. Mereka ini adalah pelabur yg berpusu2 utk melabur ketika berlaku kejatuhan harga unit pd bulan2 yg lalu. Pendek kata mereka adalah SMART INVESTORS yg melabur atau menambah pelaburan ketika harga unit saham berada dlm “discounted price” sehingga 50%. Pelabur bijak ini dan juga Perunding Unit Amanah mereka adalah org yg paling gembira dan puas hati bila mendapat pulangan sebegini.

Apa yg mahu sy tekankan di sini adalah peranan Perunding Unit Amanah dan juga pelabur2 itu sendiri. Kerjasama dan tindakan dari kedua2 belah pihak amat penting bagi menentukan kejayaan portfolio pelaburan ini kerana komitmen yg berterusan utk memanipulasi peluang dari keadaan ekonomi dan pasaran akan menghasilkan pulangan yg tinggi. Apa yg disedari atau tidak oleh para pelabur adalah pelaburan (wang) mereka lah yg membantu utk mewujudkan peningkatan dalam keadaan ekonomi semasa. Ini kerana industri Unit Amanah juga menyumbang kepada ekonomi negara.

Maklumat Untuk Perunding Unit Amanah

Jika anda telah berada dlm industri ini lebih dari 10 thn, saya pasti anda akan bersetuju dgn kenyataan ini. Secara sedar atau tidak, kitalah di antara personel yg mula merasai setiap effect dr situasi ekonomi. Dari pengalaman sy sendiri, berpandukan maklumat dan pemerhatian terhadap kedudukan pelaburan clients; kejatuhan ekonomi akibat dari isu subprima di Amerika Syarikat telah mula menunjukkan tanda bermula Mac 2008. Keadaan ini masih tidak disedari lagi oleh kebanyakan rakyat Malaysia yg tidak terlibat dgn secara terus dengan ekonomi khususnya perniagaan. Jika kita mengikut aliran (flow), senarai personel yg mula2 merasai perubahan sesuatu ekonomi adalah seperti berikut:

1. Menteri, Ekonomis (atau mereka yg terlibat secara langsung dgn maklumat ekonomi negara)
2. Remiser, Stock broker, UTC
3. Business owner, Pelabur
4. Peniaga Kecil, Bekerja sendiri
5. Pekerja industri dan Kilang
6. Pekerja kerajaan (tidak terasa & tidak mengetahui langsung)

Begitu jugalah ketika market kembali ‘pick-up’. Personel2 inilah yg akan mula nampak perubahan yang berlaku. Seharusnya jika anda adalah seorang pelabur; anda perlu mendengar dan mengikuti nasihat dan konsultansi dr Perunding Unit Amanah anda. Walaupun sekarang pasaran telah pun menghasilkan profit sehingga 10%, mereka yg berada di paras 4 hingga 6 ini masih lagi berada dalam keadaan negatif terhadap pasaran sedangkan mereka sebenarnya telahpun terlepas sehingga 10% keuntungan hasil dr ‘ignorance’ mereka.

Bersama-sama Berkongsi Kejayaan

Tugas Perunding Unit Amanah sekarang adalah utk menyebarkan berita dan maklumat kepada golongan2 ini supaya kita dapat berkongsi kejayaan bersama2. Manakala para pelabur atau bakal pelabur pula harus mempercayai konsultansi Perunding terhadap portfolio anda. Sentiasa kekal dgn matlamat pelaburan unit amanah anda mestilah berdasarkan keuntungan jangka panjang bukannya jangka pendek. Oleh itu, tindakan anda adalah demi kebaikan jangka masa panjang dan masa depan bersama.

Comments

2 Responses, Leave a Reply
  1. salam
    22 June 2009, 12:19 am

    Unit Amanah ni bagus..camner nak contact awak??komen saya kalau bleh perkenalkan tuan punya diri blog ni baru yakin nak berurusan tentang kewangan..tq

  2. Zul_PM
    22 June 2009, 1:09 pm

    Terima kasih atas komen yg membina.

    Jika anda mahu menghubungi saya sila pergi ke tab “Hubungi” di atas dan isikan maklumat yg berkenaan. Anda akan dihubungi oleh sy dlam masa y terdekat.

Leave a Reply:

Name *

Mail (hidden) *

Website