Mencipta Lebih Ramai Contact

Zul_PM, 21 July 2009,
Categories: Prospecting
Tags: ,

Ramai responden dr blog ini menyatakan bahawa mereka tidak boleh atau tidak mahu menjalankan perniagaan Unit Amanah ini kerana tiada atau kekurangan contact. Tetapi jika diamati dgn lebih teliti dan jelas, semua kenyataan yg diberikan adalah tidak berasas. Apa yg penting sebenarnya hanyalah bergantung kpd cara dan bagaimana anda berkomunikasi, bersosial dan juga mewujudkan contact ini.

Fikirkan dgn cara apakah anda akan membuatkan hubungan kita tadi terjalin. Anda mungkin boleh berhubungan dgn semua individu yg tersenarai dlam handphone anda; melalui Yahoo Messenger, Facebook, Skype atau yg sejenis dgnnya; atau anda juga boleh menghadiri majlis2 yg melibatkan ramai org. Yg paling mudah adalah dgn menghadiahkan sebuah senyuman yg ikhlas; ia juga boleh menjadi pembuka bicara dgn sesiapa pun.

Dalam 2 minggu yg lepas sy telah menemani isteri sy yg menghadiri kursus selama 5 hari di Kuala Lumpur. Aktiviti yg dilakukan oleh sy ketika di sana adalah dgn berjumpa dgn kawan2 lama yg memang setelah sekian lama tidak berhubungan ketika zaman persekolahan lagi. Memandangkan komuniti ini kebnyakannya berada di sekitar Lembah Kelang, sy mengambil inisiatif sendiri dgn menganjurkan Reunion dgn rakan2 persekolahan dahulu. Caranya amat mudah tetapi memerlukan komitmen dari anda sendiri; hubungilah rakan2 anda atau SMS shj…tetapi ikhlasnya dinyatakan lebih efektif jika anda ‘just call’ mereka dpd SMS shj krn dari situ rakan2 anda akan nampak kesungguhan dan kepentingan utk menghadiri Reunion ini. Tidak perlu formal dan tidak perlu besar.

Tidak perlu hubungi semua 100% dr jumlah mereka tetapi pastikan anda call seseorang ‘kepala’ yg agak berpengaruh utk beliau menjemput ‘collegue’ mereka ketika sekolah dahulu ataupun pd masa sekarang. Pendek kata sebagai penganjur anda harus mencari AJK yg berpengaruh utk menjayakan reunion ini. Hasilnya pasti positif walaupun tidak kesemua org yg dijemput hadir tetapi jumlah 10 hingga ke 20 org yg hadir utk perjumpaan selama 3 jam adalah satu kejayaan bg sy.

Apakah Tindakan Anda Bila Menghadiri Sesuatu Aktiviti Perjumpaan (Reunion, Gathering..dsb)?

1. Pastinya berborak dan berbual perkara2 ringan
Ambil bahagian dgn berbual perkara2 yg melibatkan interest atau pengalaman anda seperti karier, keluarga dan kenangan lama.

2. Kenalkan siapa diri anda.
Jgn malu utk kenalkan siapa diri anda dan apa yg anda buat sekarang. Jika anda seorang penganggur sekalipun, kenalkan diri anda sbg seorang penganggur.

3. Bertukar-tukar no contact
Perkara yg paling penting utk dilakukan; jika anda gagal atau terlupa berkemungkinan besar anda akan kehilangan prospek.

4. Halang diri dr mempromosikan/ membuat jualan.
Jgn bercerita ttg produk anda kecuali ditanya. Namun begitu, ceritakan secara kasar shj jika ditanya.

5. Bergambar.
Gambar akan mewujudkan ikatan jika di’sharing’ bersama2. Dgn cara ini org akan ingat anda dan begitu juga sebaliknya.

Banyak lagi tindakan yg secara natural akan terjadi bergantung kpd jenis aktiviti yg anda lakukan bersama. Yg penting kita mesti enjoy majlis/ aktiviti tersebut. Penyertaan anda diwajibkan; bg yg berjiwa pendiam atau pemalu inlah masa utk anda bergaul dan bersosial.. Seperti tagline Maxis “Ekspresikan Dirimu”. Dgn cara ini contact anda akan bertambah dan anda boleh membuat appointment dgn mereka pd lain waktu.

Comments

Leave a Reply:

Name *

Mail (hidden) *

Website