Statistik Pasaran “Bear” dan “Bull” untuk Bursa Malaysia
Maksud “Bear” dan “Bull”?
Bear - pasaran berada dalam keadaan menurun dan selalunya memberikan pulangan negatif.
Bull - pasaran berada dalam keadaan menail dan selalunya memberikan pulangan positif.
Bagaimana mahu membaca jadual statistik ini?
Jadual menunjukkan 9 Waktu (Period) kajian berdasarkan kepada Peratus Pulangan (Return) dan juga Tempoh (Duration) berlakunya “Bear” ataupun “Bull”.
Fokus diberikan kpd Tempoh (Duration) pasaran Bursa Malaysia berada dlm keadaan “Bear” dan juga “Bull”.

Ulasan:
Drpd jadual, pasaran “Bear” yg paling teruk adalah sekitar tahun 1997-1998 (Feb’97 hingga Sep’98) di mana ketika pasaran Asia sedang mengalami krisis kewangan akibat dari manipulasi matawang oleh George Soros. Namun keadaan ini hanya berlaku selama 18 bulan sahaja. Rujuk No.6.
Secara puratanya, pasaran “Bear” hanya berlaku dlm tempoh 15 bulan sahaja dan ianya amat pendek jika dibandngkan dgn pasaran “Bull”.
Manakala purata pulangan yg diberikan adlah -46% sahaja.
Pasaran “Bull” pula berada dalam keadaan kemuncaknya bermula dari tahun 1998-2000 (Sep’98 hingga Feb’00). Ini berlaku kerana krisis kewangan telah dapat diatasi dgn kebijaksanaan kerajaan Malaysia mengikat atau menambat matawang Ringgit pd RM3.80 berbanding matawang USD.
Tempoh pemulihan berlaku dgn pantas dan memberikan pulangan sehingga +286% ; berlaku selama 17 bulan.
Secara puratanya, pasaran “Bull” berlaku dlm tempoh yg lebih panjang iaitu 24 bulan dan memberikan pulangan yg memberangsangkan malah lebih kukuh dr waktu “Bear”.
Ini bermaksud jika seorang pelabur melabur ketika pasaran “Bear” yg paling teruk pun, keseluruhan pulangan yg diperolehi adalah +207% (286 - 79 = 207) dlam tempoh tidak sampai 3 tahun pun! (18 + 17 = 35 bulan).
Perbezaan antara “Bull” dan “Bear” hanyalah 11 bulan sahaja. Ini bermakna secara puratanya pelabur hanya perlu menunggu atau lebih tepat lagi BERSABAR sekurang-kurangnya 11 bulan apabila melabur.
Ini sgt bertepatan dgn prinsip pelaburan dlam Unit amanah yg mensarankan pelabur supaya melabur sekurang-kurangnya 3 hingga 5 thn atau lebih utk memperolehi pulangan yg maksimum.
Kesimpulan:
1. Tiada siapa pun yg boleh menentukan bilakah waktu TERBAIK utk anda memulakan pelaburan. Seharusnya pelaburan bermula SEKARANG dan apa yg perlu dilakukan oleh pelabur adalah meletakkan sedikit elemen SABAR utk sesuatu pelaburan berjaya.
2. Pusingan ekonomi pasti mempunyai “Naik” dan “Turun”. Yg “Turun” akan “Naik” kembali dan manipulasi pasaran secara bijak utk memperolehi keuntungan yg maksimum. Pd pasaran “Naik”, pelabur perlu memasukkan elemen BERHATI-HATI dan jgn TAMAK dgn keuntungan yg diperolehi.
3. Para pelabur haruslah memilih Perunding yg berpengetahuan dan professional utk menguruskan portfolio pelaburan mereka. Dgn ini anda akan merancang perjalanan kewangan dgn lebih baik.
* Analisis di atas adalah interpretasi penulis berdasarkan kpd pengetahuan serta pengalaman beliau sbg Perunding Unit Amanah. Matlamat penulis adalah utk berkongsi idea dan memberi persepsi positif terhadap pelaburan unit amanah yg selalu disalah-ertikan oleh individu2 tertentu.