Menguasai Hubungan Sesama Manusia

Ramai responden dr kerjayapelaburan.com ini yg sangat berminat utk menceburi perniagaan unit amanah; tetapi masalah utama mereka adalah tidak tahu bagaimana utk berhubungan dgn org lain. Jika anda terlibat dgn Penjualan (Sales), perkara utama yg perlu ada pastinya Pembelian (Buy) dan utk mendapatkan pembeli kita wajib mempunyai hubungan dgn seseorang samada kenal ataupun tidak.

Brian Tracy di dalam videonya “10 Keys To Personal Power” menyatakan bahawa “SELLING is only when you’re FACE-to-FACE with the REAL LIFE PROSPECTS who is willing and capable of buying a product…everything else than that is a SELF-DELUSION”. Walaupun sekarang sudah bermacam-macam teknik penjualan atas dasar percaya (Trust) boleh dilakukan seperti jualan di internet, namun di dalam perniagaan unit amanah ini kata-kata beliau masih lagi relevan.

Tulisan kali ini adalah berkisar tentang bagaimana utk mengusai hubungan sesama manusia. Berikut adalah adaptasi dr Brian Tracy yg mana menarik minat sy utk menterjemahkannya kpd anda.

Hukum Usaha Tidak-Langsung (The Law of Indirect Efforts)

Jika kita mahu seseorang berminat dgn kita, secara “direct” nya kita perlu beritahu org itu segalanya mengenai diri kita. Akan TETAPI cara “indirect” lebih berkesan utk digunakan. Hanya dengan semudah dgn menunjukkan minat kpd org itu. Ini kerana sebanyak mana kita minat terhadap seseorang itu, maka sebanyak itulah akan ada seseorang minat kpd kita. Malah di dalam Islam sendiri menyuruh umatnya berbuat kebaikan krn satu kebaikan yg dibuat akan dibalas dgn 10 kebaikan.

Begitu juga jika kita mahu berasa gembira, secara “direct” nya adalah kita hanya perlu buat sesuatu yg akan menjadikan diri kita gembira. Tetapi, kegembiraan yg sangat indah dikecapi dan boleh bertahan lama datangnya dari membuat seseorang yg lain berasa gembira. Berdasarkan Law of Indirect Efforts, apabila anda melakukan atau berkata tentang sesuatu yang boleh membuatkan orang lain gembira, anda sendiri akan berasa gembira. Anda sebenarnya akan merangsang jiwa anda sendiri; kepercayaan dan keyakinan diri anda sendiri.

Bagaimana pula jika kita mahu org lain hormat kpd kita? Cara terbaik adalah dgn menghormati mereka. Apabila kita menunjukkan rasa hormat atau minat kpd org lain, mereka akan merasa hormat dan meminati kita juga. Dalam hubungan sesama manusia, inilah yg dipanggil Prinsip Saling-Membalas (Priciple of Reciprocity). Bila kita melakukan sesuatu kebaikan kpd org lain, org itu akan turut mahu membalas kebaikan tersebut dgn melakukan kebaikan kpd kita semula. Kebanyakan percintaan dan persahabatan adalah berdasarkan kpd prinsip ini.

Bagaimana jika kita mahu seseorang supaya yakin terhadap kita, berdasarkan Hukum Usaha Tidak-Langsung ini? Jawapannya adalah dgn meyakini beliau. Apabila kita menunjukkan yg anda percaya dan mempunyai keyakinan ke atas seseorang, dia akan cenderung utk percaya dan mempunyai keyakinan terhadap kita. Anda akan dapat semula apa yg anda telah berikan.

Sila berikan komen dan pendapat anda.

Comments

Leave a Reply:

Name *

Mail (hidden) *

Website