Seringkali saya menerima feedback dpd pembaca dan peminat blog ini tentang tugas sebenar seorang Perunding Unit Amanah (PUA) atau Unit Trust Consultant (UTC).Kali ini sy akan menerangkan objektif, tanggungjawab atau tugas seorang UTC dan bagaimana caranya utk menjadi seorang UTC.
Objektif yg harus ada pd seseorang UTC adalah utk membina empayar perniagaan Unit Amanah sendiri(menjadi usahawan) dalam tempoh tertentu; selalunya bergantung kepada komitmen yg diberikan…secara puratanya adalah 5 thn ke atas.Ini bermaksud anda akan memajukan sebuah Group Agency yg dipimpin oleh anda sendiri dan berusaha menolong agen-agen anda utk berjaya seperti anda juga.
1. Mempromosi serta menjual Unit Amanah kpd masyarakat. Pelaburan Unit Amanah adalah pelaburan jangka panjang yg memberikan pulangan yg memberansangkan dlm tempoh sekurang2nya 5 thn ke atas. Pelaburan boleh dilakukan melalui Wang Tunai dan juga Wang Simpanan EPF individu tersebut.
2. Memantau dan bertindak sbg Perunding kewangan kpd pelabur2 di bwh jagaan anda. Latihan akan disediakan oleh syarikat Unit Amanah dan juga dpd Group Agency supaya anda mahir menguruskan pelaburan serta memberikan maklumat yg tepat kpd pelabur tersebut. Oleh itu seorang UTC haruslah bertanggungjawab utk menghadiri latihan dan kursus yg sediakan demi utk memajukan diri sendiri.
3. Membuka peluang kerjaya sbg UTC kpd masyarakat. Peluang haruslah dibuka kpd mereka yg ingin menceburi bidang perniagaan dan juga kpd mereka yg mahu menambahkan pendapatan bulanan. Kerjaya ini boleh dilakukan secara part-time pada permulaannya ataupun full-time. Anda kemudian akan bertanggungjawab utk melatih, mendidik dan membantu mereka sehinggalah mereka berjaya bergerak sendiri tanpa sokongan lagi.
1. Orang yg minat utk melakukan sales dan marketing. Oleh itu, jika anda pernah ada pengalaman dlm Multi-Level Marketing (MLM), agen Insurans, agen Credit Card, agen Kereta, agen hartanah..etc; bidang ini sgt sesuai dgn jiwa anda dan anda boleh menempa kejayaan dlm industri Unit Amanah ini.
2. Usahawan kecil atau sederhana. Mereka yg bercita2 besar utk menjadi usahawan berjaya dgn menggunakan kos yg sgt2 minimum…ini adalah bidang yg menjanjikan kejayaan dan pulangan yg menarik selagi anda serius menjalankannya.
3. Org yg mempunyai impian utk mencapai kebebasan kewangan. Jika anda sanggup mencari masa sehari selama 3 jam shj utk melakukan perniagaan ini sudah memadai utk generate income tambahan. Masa kosong anda tidak harus dipenuhi dgn perkara2 yg tidak menguntungkan…lebih baik cari duit!
4. Mempunyai bebanan hutang…loan atau credit card.
5. Fresh graduates. Jgn memilih kerja. Yg penting adalah kemahuan..org2 berjaya dan berkehidupan mewah bukannya berpendidikan tinggi pun. Jika anda fokus dlm bidang ini, anda juga pasti akan menjadi seperti mereka.
1. Memenuhi syarat2 berikut:
a. Warganegara Malaysia
b. 21 thn ke atas
c. Min SPM gred 3
2. Lulus exam dr FMUTM (Federation of Msia Unit Trust Managers) - akan diuruskan oleh Syarikat Unit Amanah. Jika pass anda akan dapat agent code dan terus boleh menjual produk unit amanah. Dokumen yg diperlukan:
a. 2 salinan ic
b. 1 salinan spm
c. 6 pic passport
d. 1 salinan buku Pub Bank
e. RM250 utk yuran exam.
Jika anda mempunyai karektor dan personaliti seperti yg disebutkan di atas, anda harus menyertai Perniagaan Unit Amanah.Anda juga tidak harus mensia-siakan semangat dan bakat anda dgn memilih bisnes yg salah dan berkos tinggi.
Tanya diri anda sendiri, dalam kategori manakah anda berada dlm mengejar kejayaan?
1. Orang yg tidak tahu apa yg sedang terjadi?
2. Orang yg hanya melihat sesuatu kejayaan terjadi?
3. Orang yg melakukan sesuatu supaya kejayaan terjadi?