Revolusi 2010

Setelah hampir 2 bulan sy tidak menulis kini sy kembali dgn satu revolusi baru. Memandangkan tinggal sebulan shj lagi utk kita semua menamatkan thn 2009 ini; tahun yg agak mencabar bg semua penduduk dunia khususnya lagi kpd mereka yg bergelar Perunding Unit Amanah dan juga para pelabur. Namun cabaran ini sudah semestinya ditukar kpd peluang besar bg para pelabur yg bijak menambah atau membuka pelaburan dlm Unit Amanah; manakan tidaknya hasilnya telah terlihat sekarang…jika anda melabur dlm Unit Amanah setahun yg lalu, rata2 pulangan dan pertumbuhan modal anda adalah dlm sekitar 30%. Cukup memberansangkan dan berbaloi!

Bagi mereka yg baru tersedar dan mungkin ada sedikit penyesalan krn tidak mengambil peluang setahun yg lalu, masih belum terlambat utk menyertai Unit Amanah ini. Keadaan pasaran sekarang sedang menuju kestabilan dan ini mungkin berlanjutan sehingga 2012 nnti. Mulakan pelaburan sekarang tetapi mestilah disertai dgn “regular investment” atau “pelaburan bulanan” kerana mekanisma ini akan menjadikan pelaburan anda tetap berada pada paras yg munasabah dlm menuju tahun 2012.

Ini berbeza dgn setahun yg lalu di mana ketika itu pelabur sepatutnya “borong habis” unit yg ditawarkan pd kadar 50% lebih murah dpd harga pd ketika ini (klik di sini)..seperti kata Warren Buffet “kita sepatutnya TAMAK ketika org lain sedang TAKUT dan kita juga harus BERHATI-HATI ketika org lain sedang TAMAK”. Itulah sindrom yg berlaku sekarang; ramai org sudah mula yakin dgn berita positif ketika ini dan mula berpusu-pusu utk mula melabur tetapi bg mereka yg telah mendapat keuntungan hasil dr kebijaksanaan mereka melabur setahun yg lalu mestilah lebih berhati-hati. Seelok-eloknya keuntungan anda itu dikunci di dalam Bond ataupun Money Market..ataupun dikeluarkan sahaja. Jika perancangan pelaburan/ kewangan anda berada 5 thn atau lebih, maka lebih baik ia dikunci dlm Bond shj.

Revolusi Perniagaan Unit Amanah

Masa yg tertinggal ini sepatutnya kita (Perunding Unit Amanah atau UTC) gunakan sbg membina acuan baru bg memantapkan perniagaan kita pd tahun 2010 yg akan menjelang. Lakukan post-mortem thdp perkembangan bisnes anda dlm masa 11 bulan yg lalu; lebih berkesan jika kita gunakan SWOT analysis(S = Strength, W = Weakness, O = opportunity, T = Threat). Bagaimanakah pendapatan anda pada tahun ini? Apakah punca pendapatan kita meningkat/ bertumbuh dan apakah pula punca pendapatan kita merosot/ menyusut?

Lebih spesifiknya bg seorang UTC, cuba lihat pertumbuhan Career Benefit (CB) anda…utk pengetahuan anda yg bukan UTC, CB adalah passive income yg diberikan kpd UTC secara bulanan berdasarkan kpd Jumlah Aset Terkumpul (Jumlah Total Jualan) sepanjang anda menjalankan perniagaan ini. Jika byk jumlah jualan yg anda kumpul, lebih besar nilai CB yg anda terima…apa yg lebih menarik ialah UTC akan tetap menerima CB walaupun tiada jualan yg dicatatkan pd bulan tersebut (cthnya jika pd bulan Oktober anda tiada sales langsung, anda tetap mendapat CB kerana jumlah aset pelaburan yg terkumpul masih serupa selagi pelabur tidak mengeluarkan wangnya!!).

Tahun 2010 pasti akan memberikan nafas baru dgn pertumbuhan ekonomi negara yg semakin positif. Seiring dgn perkembangan ini, perancangan yg dibuat adalah berdasarkan kpd kekuatan dan juga pemulihan rancangan2 yg telah tersasar pd 2009 ini. Matlamat masih sama tetapi jalan atau ‘method’ utk mencapai matlamat ini mesti dihalusi. Adakan satu sistem diri dan juga sistem agensi yg mesti diikuti dan segala tindak-tanduk dicatatkan dlm satu buku log ataupun ’scorecard’. Ini akan memudahkan kita membuat analisis secara mingguan serta bulanan thdp pencapaian kita dlm melaksanakan ‘method’ itu nnti.

Sy ucapkan tahniah kpd yg berjaya dgn matlamat tahun 2009 ini…dan teruskan usaha gigih bg yg belum mencapai matlamat dan mulakan usaha itu sekarang utk tahun hadapan 2010.




KLCI Tracking

Download

Percuma

Klik Sini untuk Download

ChatZone


ShoutMix chat widget

Pelawat Terkini

Kategori